Sakit Belakang, Tengkuk, Lutut Atau Badan Selalu Lenguh?

Dapatkan rawatan terapi saraf, otot dan pelarasan badan di Zero Pain Wellness , pusat rawatan alternatif yang membantu anda rasa lebih selesa, ringan dan seimbang dalam aktiviti harian.

2018

Beroperasi Sejak 2018

Berpengalaman dalam rawatan terapi badan, saraf dan otot.

10,000+

Pelanggan

Telah menjadi pilihan ramai pelanggan untuk rawatan badan.

4.9 ⭐

Rating Pelanggan

Dinilai baik oleh pelanggan melalui pengalaman rawatan mereka.

Tentang kami

Zero Pain Wellness ialah pusat rawatan healthcare dan terapi alternatif di Malaysia yang memberi fokus kepada rawatan sakit badan, saraf dan otot.

Ditubuhkan sekitar tahun 2018–2019, kami telah membantu pelanggan yang mengalami masalah seperti sakit belakang, sakit tengkuk, badan lenguh, sakit lutut, otot tegang dan isu ketidakseimbangan badan.

Di Zero Pain Wellness, rawatan kami tidak hanya tertumpu kepada kawasan yang sakit, tetapi turut melihat punca ketidakselesaan badan secara lebih menyeluruh. Ini termasuk postur badan, ketegangan otot, pergerakan sendi dan keseimbangan tubuh.

Matlamat kami adalah membantu anda bergerak dengan lebih selesa, rasa lebih ringan dan menjalani rutin harian dengan lebih baik.

Badan Dah Bagi “Signal”, Tapi Masih Tangguh Rawatan?

Ramai orang anggap sakit badan itu perkara biasa. Duduk lama, kerja berat, selalu memandu, angkat barang, bersukan atau terlalu lama menghadap laptop boleh menyebabkan otot tegang dan badan mula rasa tidak selesa.

Masalah kecil yang dibiarkan boleh mula ganggu rutin harian seperti tidur tak selesa, susah bangun pagi, cepat letih, sakit bila berjalan, atau rasa badan berat sepanjang hari.

Sakit belakang bila duduk / berdiri lama

Tengkuk dan bahu rasa tegang

Pinggang rasa berat atau mencucuk

Lutut tidak selesa bila naik turun tangga

Badan lenguh & tidak selesa

Pinggul ke bawah kaki terasa tegang dan menyucuk

Stress, Gerd ataupun Anxiety

Insomnia dan tidur tak lena

Kalau anda sedang alami salah satu masalah ini, mungkin sudah tiba masa untuk buat pemeriksaan dan rawatan yang sesuai.

Rawatan Yang Ditawarkan Di Zero Pain Wellness

01

Body Adjustment

Pelarasan badan yang membantu memperbaiki keseimbangan tubuh, postur dan pergerakan badan dengan lebih selesa.

02

Terapi Perut - Gut Reset

Terapi berfokus pada point perut untuk membantu melegakan ketidakselesaan seperti perut sebu, angin badan, gastrik, GERD dan rasa tegang pada bahagian perut.

03

Rawatan Sakit Belakang

Sesuai untuk mereka yang mengalami sakit pinggang, belakang tegang, rasa mencucuk atau tidak selesa ketika duduk dan bergerak.

04

Rawatan Sakit Tengkuk, Bahu & Belikat

Membantu mengurangkan rasa tegang pada tengkuk, bahu keras, belikat tidak selesa dan ketegangan akibat postur kerja harian.

05

Rawatan Sakit Lutut & Sendi-Sendi

Untuk pelanggan yang mengalami ketidakselesaan pada lutut dan sendi-sendi ketika berjalan, berdiri lama, naik turun tangga atau bergerak harian.

06

Terapi Gabungan Moden + Tradisional

Pendekatan rawatan yang menggabungkan teknik moden dan tradisional bagi memberi pengalaman rawatan yang lebih menyeluruh.

07

Pemeriksaan Ketidakseimbangan Badan

Kami membantu mengenal pasti isu seperti postur tidak seimbang, bahu senget atau kaki panjang sebelah sebelum cadangan rawatan diberikan.

Anda mengalami masalah Gastrik, Gerd atau Anxiety?

Di Zero Pain Wellness, kami turut menyediakan terapi point perut untuk membantu pelanggan yang mengalami ketidakselesaan seperti gastrik, GERD, angin badan, rasa sebu dan badan tegang akibat stres.

Rawatan dilakukan secara berfokus pada bahagian perut dan kawasan berkaitan bagi membantu badan rasa lebih lega, ringan dan selesa.

Apa Kata Pelanggan Kami?

Ramai pelanggan datang ke Zero Pain Wellness kerana mengalami masalah sakit badan, otot tegang, sakit belakang, tengkuk keras dan badan lenguh. Selepas sesi rawatan, mereka berkongsi pengalaman badan terasa lebih ringan, selesa dan mudah bergerak.

4.9 ⭐

Rating Pelanggan

Dinilai baik oleh pelanggan melalui pengalaman rawatan mereka.

Lihat Suasana Rawatan Di Zero Pain Wellness

Setiap sesi rawatan di Zero Pain Wellness dijalankan dalam suasana yang selesa, tenang dan profesional. Gambar di bawah menunjukkan antara proses terapi yang dilakukan oleh team kami untuk membantu pelanggan yang mengalami masalah ketegangan otot, lenguh badan dan ketidakselesaan pada bahagian tertentu.

Soalan Lazim

Adakah rawatan ini sesuai untuk semua orang?
Rawatan sesuai untuk kebanyakan individu yang mengalami ketegangan otot, sakit badan, lenguh atau ketidakselesaan badan. Pemeriksaan awal akan dibuat sebelum cadangan rawatan diberikan.
Kami sarankan untuk booking terlebih dahulu supaya slot rawatan dapat disusun dengan lebih baik.
Tempoh rawatan bergantung kepada jenis masalah dan servis yang dipilih. Team kami akan maklumkan anggaran masa semasa temujanji.
Tahap rasa semasa rawatan bergantung kepada keadaan badan setiap individu. Team kami akan menyesuaikan tekanan dan teknik mengikut keselesaan pelanggan.
Boleh. Pemeriksaan awal boleh dibuat untuk kenal pasti keadaan badan sebelum rawatan yang sesuai dicadangkan.

Rawatan di Zero Pain Wellness sesuai untuk pelbagai golongan, bermula daripada kanak-kanak seawal umur 1 tahun sehingga warga emas berumur sekitar 80 tahun, bergantung kepada keadaan badan dan kesesuaian rawatan.

Sebelum rawatan dilakukan, team kami akan membuat semakan ringkas terlebih dahulu bagi memastikan teknik yang digunakan sesuai dengan keadaan pelanggan.

Zero Pain Wellness tidak merawat kes kecederaan serius atau keadaan perubatan tertentu seperti tulang patah, tulang retak, kanser, ketumbuhan, urat putus atau tisu koyak.

Bagi kes seperti ini, pelanggan disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut daripada doktor atau pihak hospital terlebih dahulu.

Ya, kami mempunyai terapis lelaki dan wanita bagi memberi keselesaan kepada pelanggan mengikut jantina dan keperluan masing-masing.

Pelanggan boleh maklumkan kepada team kami semasa membuat temujanji sekiranya mempunyai permintaan khas untuk terapis lelaki atau wanita.

Jangan Tunggu Sampai Sakit Makin Mengganggu Rutin Harian

Kalau badan anda selalu rasa tegang, lenguh, sakit belakang, sakit tengkuk atau lutut tidak selesa, dapatkan pemeriksaan dan rawatan di Zero Pain Wellness. Tempah slot anda sekarang dan biar team kami bantu semak keadaan badan anda.
PROMOSI PEMERIKSAAN BADAN

Pemeriksaan Seluruh Tubuh Hanya RM35

Kenal pasti masalah badan anda dengan pemeriksaan awal yang lebih menyeluruh. Sesuai untuk anda yang kerap mengalami sakit belakang, tengkuk tegang, badan lenguh, sakit lutut atau rasa badan tidak seimbang.

Termasuk 1 sesi rawatan percubaan percuma. Tempah slot pemeriksaan anda sekarang sebelum penuh.

Lokasi Kami

Scroll to Top